Friday, July 30, 2010

MASALAH TIDAK DATANG HAID (AMENOREA)

Amenorea adalah kejadian tidak datang haid pada seseorang wanita. Ia mungkin terjadi akibat keabnormalan saluran pembiakan wanita,masalah berkaitan hormon atau gangguan genetik. Dua penyebab yang paling lazim ketiadaan haid ialah kehamilan dan tekanan. Bagaimanapun penyebab-penyebab lain seperti tekanan/ketegangan emosi, terlalu menjaga makan termasuklah masalah gangguan makan,kurang zat makanan,dan peningkatan tahap senaman kepada yang lebih berat juga boleh menyebabkan ketiadaan haid yang berterusan. Kemungkinan-kemungkinan lain ialah pengambilan ubat tertentu, gangguan edokrin ( seperti hipertiroidisme ) dan menghidapi penyakit kronik ( kegagalan renal ). Dalam kes - kes yang luar biasa,sista atau tumor di dalam ovari juga boleh menyebabkan keadaan ini. Haid juga mungkin mengambil masa ( biasanya tidak lebih dari 3 bulan ) untuk bermula kembali selepas menghentikan pengambilan pil perancang keluarga.

Tanda tanda dan gejala

Ketidakhadiran haid merupakan satu gejala dan bukannya penyakit. Jika seseorang wanita itu tidak datang haid dan pernah melakukan hubungan seks dalam waktu yang terdekat, diikuti tanda-tanda seperti
*Loya dan muntah
*Payu dara membesar dan sensitif
*Terasa kerap hendak membuang air kecil
*Mungkin disyaki hamil.Anda boleh mengesahkannya dengan melakukan sendiri ujian kehamilan melalui air kencing ( UPT ) atau pergi ke klinik yang berhampiran.

Dipetik dari Manual Kesihatan & rawatan