Tuesday, February 22, 2011

SAKIT BELAKANG

Kira-kira 80% penduduk dunia mengalami sakit belakang yang kebanyankannya melibatkan mereka yang berusia antara 30-40 tahun ke atas.

Mereka yang mudah mendapat sakit belakang

* Ibu yang mempunyai anak kecil dan bayi kecil - sendi di bahagian bawah tulang belakang menjadi renggang akibat tindakan hormon semasa menyediakan badan bagi sesuatu proses kelahiran. Ini diburukkan lagi apabila ibu mengurus serta mengangkat bayi dan peralatannya seperti bakul bayi, besen mandi dan lain - lain .

* Mereka yany mempunyai tulang belakang yang panjang dan kurus dan leher panjang seperti leher angsa atau bongkok

* Mereka yang bekerja mengangkat barang-barang yang berat dan selalu membongkokkan badan

* Mereka yang duduk membongkok terlalu lama di dalam persekitaran tempat kerja yang tidak selesa.

Amalan baik yang perlu dilakukan untuk mengelakkan dari mendapat sakit belakang.

* Tidur di atas tilam berspring; letakkan papan di atas dasar tilam

* Elakkan diri dari ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang

*Kekalkan kedudukan susuk badan ( posture ) yang baik ketika duduk dan berdiri

*Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut sahaja.

*Pelajarilah senaman yang boleh membaiki pergerakkan dan kedudukan susuk badan anda

*Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar darim kereta setiap 90 minit.

* Bagi wanita, pakailah kasut bertumit rendah

*Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan dari terlalu banyak membuat kerja yang menbebankan untuk jangka waktu yang lama.

* Pegang objek yang berat rapat ke badan anda

* Apabila duduk di atas kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.


Di petik dari Manual Kesihatan dan Rawatan

- Zie, feb 21, 2011

Wednesday, September 1, 2010

Pneumonia

Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundi-pundi udara kecil (alveoli) dan tisu tisu di sekitarnya.Laluan - laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah.Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria,virus,fungi dan mikrob.

Tanda dan gejala
Gejalanya berbeza-beza, begantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang bakteria pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur.Gejala -gejalanya termasuklah:
* Demam ( 39 darjah celsius - 40 darjah celsius ) dan menggigil.
* Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning,hijau,keperangan atau mungkin mengandungi darah ( mukus dikeluarkan dari paru-paru)
* Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam
* Bernafas dengan cepat dan pendek
* Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.
* Berpeluh dan muka kelihatan merah.
* Hilang selera makan atau perut meragam.

Tabiat yang baik

* Amalkan pemakanan seimbang,banyakkan rehat dan bersenam secara tekal untuk menguatkan sistem pertahanan badan melawan jangkitan.
* Jauhkan diri dari asap rokok dan lain-lain perengsa
* Dapatkan rawatan untuk penyakit - penyakit yang ringan ( selsema dan batuk )
* Berehat dan kawal sebarang tekanan emosi yang boleh mengpengaruhi sistem imun badan.
* Amalkan kebersihan diri yang baik.

Rawatan

* Minum lebih banyak cecair ( 3 liter sehari ), lebihan cecair akan dapat mencairkan mukus
* Berehat secukupnya
* Berhenti merokok.

Berjumpalah doktor anda sekiranya....

* Gejala-gejala masih berterusan
* Suhu badan meningkat lebih 38 darjah celsius
* Kesesakan nafas semakin teruk
* Batuk yang berpanjangan
* Kahak berubah warna
* Sesak dada
* Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru
* Kahak mengandungi darah
* Muntah,loya dan mengalami cirit birit
* Fikiran terkeliru

Friday, July 30, 2010

MASALAH TIDAK DATANG HAID (AMENOREA)

Amenorea adalah kejadian tidak datang haid pada seseorang wanita. Ia mungkin terjadi akibat keabnormalan saluran pembiakan wanita,masalah berkaitan hormon atau gangguan genetik. Dua penyebab yang paling lazim ketiadaan haid ialah kehamilan dan tekanan. Bagaimanapun penyebab-penyebab lain seperti tekanan/ketegangan emosi, terlalu menjaga makan termasuklah masalah gangguan makan,kurang zat makanan,dan peningkatan tahap senaman kepada yang lebih berat juga boleh menyebabkan ketiadaan haid yang berterusan. Kemungkinan-kemungkinan lain ialah pengambilan ubat tertentu, gangguan edokrin ( seperti hipertiroidisme ) dan menghidapi penyakit kronik ( kegagalan renal ). Dalam kes - kes yang luar biasa,sista atau tumor di dalam ovari juga boleh menyebabkan keadaan ini. Haid juga mungkin mengambil masa ( biasanya tidak lebih dari 3 bulan ) untuk bermula kembali selepas menghentikan pengambilan pil perancang keluarga.

Tanda tanda dan gejala

Ketidakhadiran haid merupakan satu gejala dan bukannya penyakit. Jika seseorang wanita itu tidak datang haid dan pernah melakukan hubungan seks dalam waktu yang terdekat, diikuti tanda-tanda seperti
*Loya dan muntah
*Payu dara membesar dan sensitif
*Terasa kerap hendak membuang air kecil
*Mungkin disyaki hamil.Anda boleh mengesahkannya dengan melakukan sendiri ujian kehamilan melalui air kencing ( UPT ) atau pergi ke klinik yang berhampiran.

Dipetik dari Manual Kesihatan & rawatan

Tuesday, June 22, 2010

BARAH PAYUDARA

Sejak dari dahulu lagi, risiko kanser payu dara di kalangan wanita adalah 1 bagi setiap 9 orang.Lebih awal kanser payu dara dikesan,lebih besar peluang untuk rawatannya berjaya.Pemeriksaan sendiri payu dara merupakan satu kaedah yang sangat mudah, penting dan berkesan untuk mengesan kanser payu dara di peringkat awal.

Risiko
* Telah mengalami kanser pada sebelah payu dara
* sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser payu dara.Risiko lebih tinggi bagi ibu,anak,adik atau kakak ahli keluarga yang mendapat kanser payu dara.Risiko anda mendapat kanser selepas umur 30 tahun meningkat 2 hingga 3 kali ganda.
*Wanita yang tidak pernah melahirkan anak dan telah berusia lebih 30 tahun.
*Wanita yang mengalami haid lebih awal ( sebelum umur mencapai 12 tahun) atau lewat putus haid ( selepas umur 55 tahun)

BILAKAH ANDA PERLU MELAKUKAN PEMERIKSAAN SENDIRI PAYU DARA?

* Sebulan sekali.
* 7-10 hari dari permulaan haid yang akan datang
* jika anda tidak lagi datang haid,lakukan pemeriksaan tersebut pada hari pertama setiap bulan dan catatkan dalam kalendar sebagai peringatan anda.

Bagaimana cara melakukannya

* Semasa mandi.
Angkat sebelah tangan. Dengan menggunakan satu jari, gerakkan secara mendatar perlahan lahan ke serata tempat bagi setiap payu dara.Gunakan tangan kanan untuk memeriksa payu dara sebelah kiri dan tangan kiri untuk memeriksa payu dara kanan.Periksa sama ada terdapat gumpalan/ketulan keras,menebal di payu dara anda.
*Berdiri di hadapan cermin
Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala,pusing perlahan-lahan dari sisi ke kanan ke sisi kiri. Cekak pinggang anda,tekan turun perlahan lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payu dara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz,bentuk dan kontur setiap payu dara. Lihat sama ada terdapat kedutan,lekukan atau puting tersorot ke dalam.Dengan perlahan lahan,picit kedua dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar.Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.
*Berbaring
Untuk memeriksa payu dara sebelah kanan,letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang bantal. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payu dara.Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting.Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payu dara termasuk puting.ulangi kaedah yang sama pada payu dara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala.Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selanngka.
DAPATKAN NASIHAT DARI DOKTOR JIKA TERDAPAT:
*Sebarang gumpalan
*Sebarang perubahan pada gumpalan yang timbul
*Sebarang perubahan pada tekstur kulit,lekuk,bengkak atau kedutan pada kulit
*Puting tersorot ke dalam.
*Terasa sakit pada payu dara
APAKAH YANG ANDA HARUS LAKUKAN:
*Amalkan pemeriksaan sendiri paru dara seperti yang disyorkan.ketahuilah tentang payu dara anda sendiri.Pemeriksaan sendiri bukan sekadar untuk mencari gumpalan tetapi juga untuk memerhatikan sebarang perubahan yang mungkin berlaku.
*Amalkan makanan yang rendah lemak.
*Bersenam
*Kurangkan pengambilan makanan bergaram,makanan disalai dan makanan yang mengandungi nitrit dan nitrat.
*Jika anda berumur 50 tahun ke atas,dapatkan ujian mamogram setiap tahun atau sekurang kurangnya setiap 2 tahun sekali.Ini penting terutamanya bagi mereka yang berisiko tinggi.
*Susukan bayi anda dengan susu badan.Ini akan dapat mengurangkan risiko kanser payu dara terutamanya sebelum putus haid.
*Berjumpalah doktor jika terdapat perubahan pada payu dara anda.
Manual Kesihatan & Rawatan

Wednesday, June 9, 2010

JERAWAT (ACNE)

Masalah ini sering terjadi apabila meningkat usia remaja. Biasanya berlaku pada bahagian muka,dada,belakang tubuh dan dibahangian lengan. Masalah ini menjadi ketakutan semua orang memandangkan kesannya boleh menjejaskan kecantikkan wajah.

Faktor penyebab:

* Semasa baligh, pengeluaran sebum bertambah dan folikel menjadi tersumbat oleh sebum dan sel-sel kulit. Ini menyebabkan satu " bintik putih" yang berbonggol bonggol ( komedon tertutup)

* Apabila folikel yang tersumbat itu membuka bahagian yang tersumbat boleh dilihat sebagai satu " bintik hitam" (komedon terbuka)

* Bakteria di dalam folikel rambut megeluarkan bahan kimia yang bertindak ke atas sebum, menyebabkan bintik-bintik yang berwarna merah dan radang yang dipanggil jerawat.

*Dalam kes-kes yang teruk, terdapat nanah, menyebabkan bengkak-bengkak besar yang menyakitkan yang dipanggil nodul dan sista.

*Ini berakhir dengan peninggalan parut,sama ada dalam bentuk lekuk-lekuk yang cengkung atau bengkak-bengkak yang keras.

* Ketidakseimbangan hormon androgen juga berperanan menyebabkan pemasalahan jerawat.

*Faktor genatik juga merupakan faktor yang menyebabkan pemasalahan ini menjadi lebih teruk.

FAKTOR MENJADIKAN JERAWAT LEBIH TERUK

* Cekak rambut dan tali pengikat dagu menyebabkan pengeseran dan haba yang boleh menyumbat folikel folikel dan mengalakkan kejadian jerawat.

* Kosmetik yang bergris, gel rambut yang berminyak mungkin menjadikan jerawat lebih teruk

* Elakkan penggunaan bahan kosmetik dan produk rawatan kecantikan yang berasaskan bahan kimia.

* Penggunaan bahan kimia yang bertindak secara membenamkan,boleh melicinkan kulit tetapi dalam masa yang sama ia membahayakan kesihatan di dalam jangka panjang.

*KAJIAN PAKAR PERUBATAN DISELURUH DUNIA TERMASUK PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG ( CAP ) MEMPERLIHATKAN PENGGUNAAN BAHAN KOSMETIK ANTARA PUNCA UTAMA PENYEBAB KANSER YANG MENYERANG WANITA.

Manual Kesihatan & Rawatan

Friday, May 7, 2010

SPACETIME TECHNOLOGY
ANGGUN
PRODUK DANDANAN KECANTIKAN UNTUK GENERASI MASAKINI
ECPI Anggun diformulasikan dengan menggunakan inovasi teknologi spacetime yang menggabungkan keseluruhan elemen dandanan dan perawatan kecantikan di dalam satu produk sahaja. ECPI Anggun menggabungkan 85 jenis bahan yang terdiri daripada herba terpilih, sari buah buahan,multivitamin serta dipertenagakan dengan ribuan tenaga gelombang dari bahan bahan yang telah diperakui kehebatannya di dalam penjagaan dan perawatan kecantikan. Inovasi teknologi ini menjadikan ECPI Anggun sebagai produk pelbagai guna yang memenuhi keperluan kehidupan masakini...
PERAWATAN MASALAH KULIT
ECPI Anggun kaya dengan bahan serta tenaga gelombang yang dapat membantu mengatasi semua permasalahan berkaitan kulit.
1.Membantu mengatasi masalah jangkitan virus
2.Membantu mengatasi masalah jangkitan bakteria
3.Membantu mengatasi masalah jangkitan fungus
4.Membantu mengatasi masalah alergi
5.Membantu mengatasi masalah gigitan serangga
6.Membantu mengatasi masalah resdung
7.Membantu mengatasi masalah gatal gatal kulit
8.Membantu mengatasi masalah panau
9.Membantu mengatasi masalah kurap
10.Membantu mengatasi masalah jerawat
11.Membantu mengatasi masalah jeragat
12.Berperanan sebagai agen anti ageing/anti penuan
13.Mengurangkan garis-garis kedutan
14.Melembutkan dan melicinkan kulit
15.Meningkatkan keanjalan kulit
16.Melindungi kulit dari pancaran matahari
17.Menegangkan kulit
18.Mencerahkan kulit
19.Menanggalkan kulit mati
20.Menghilangkan kesan parut
21.Melancarkan perjalanan darah
22.Meransang fungsi kulit
23.Mengembalikan Keseimbangan fungsi kulit.

Monday, April 12, 2010

HEPATITIS B



Penyakit hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang "senyap" dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama.Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus hepatitis B (HBV).Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut.Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan.Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 Juta rakyat Malaysia di dapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B.Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap- senyap menjangkiti orang lain.Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.



Bagaimana Virus Hepatitis B merebak?


  • Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah,air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, air kencing dan juga susu badan.Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:

-Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui:


-Pemindahan darah, hemodialisis


-berkongsi jarum(seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur,berus gigi


-Kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan


( seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)


-MENCACA TATU, akupunktur,elektrolisis dan menindik telinga



  • Perinatal ( sekitar kehamilan )- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran

  • Hubungan sexs.


Kumpulan Berisiko Timggi



  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan

  • anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengedalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat,anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental).

  • individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (Homoseksual, biseksual atau heteroseksual)

  • pesakit hemodialisis

  • penerima hasil atau produk darah seperti pesakit Hemofilia dan lain-lain masalah bekuan darah ( yang tidak dijangkiti hepatitis B)

  • ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV

  • mereka yang menghidap penyakit kelamin

  • mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara,negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan.

  • Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara negara di mana HBV tersangat endemik.

Tanda dan Gejala



  • Gejala seakan-akan mendapat selsema

  • demam

  • sakit-sakit badan (sendi dan otot)

  • keletihan dan lemah

  • hilang selera makan

  • loya dan muntah

  • Jaundis ( warna kulit dan mata kekuningan)

Jenis Hepatitis B Berbentuk Akut:



  • Kebanyakkan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidak menunjukkan sebarang gejala

  • mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad.
  • mereka boleh sembuh sepenuhnya.

Berbentuk kronik ( lebih serius selepas serangan yang akut )

  • Lazimnya, sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.
  • mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad.Mereka merupakan 'pembawa'
  • mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali, dengan jarak di antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan.

Komplikasi

  • Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur
  • kanser hati-lazimnya berlaku di kalangan kamu LELAKI

Pengurusan Sendiri

  • Pesakit perlu mengelakkan diri dari keletihan, mungkin perlu berehat di katil
  • mengamalkan pemakanan yang sihat, mengekalkan imbangan cecair dalam badan dan mengelak dari MEMINUM ALKOHOL, makan makanan berlemak dan mengambil beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu fungis hati ( bertanyalah doktor anda).

MANUAL KESIHATAN DAN RAWATAN.