Monday, April 12, 2010

HEPATITIS B



Penyakit hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang "senyap" dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama.Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus hepatitis B (HBV).Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut.Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan.Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 Juta rakyat Malaysia di dapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B.Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap- senyap menjangkiti orang lain.Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.



Bagaimana Virus Hepatitis B merebak?


  • Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah,air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, air kencing dan juga susu badan.Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:

-Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui:


-Pemindahan darah, hemodialisis


-berkongsi jarum(seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur,berus gigi


-Kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan


( seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)


-MENCACA TATU, akupunktur,elektrolisis dan menindik telinga



  • Perinatal ( sekitar kehamilan )- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran

  • Hubungan sexs.


Kumpulan Berisiko Timggi



  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan

  • anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengedalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat,anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental).

  • individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (Homoseksual, biseksual atau heteroseksual)

  • pesakit hemodialisis

  • penerima hasil atau produk darah seperti pesakit Hemofilia dan lain-lain masalah bekuan darah ( yang tidak dijangkiti hepatitis B)

  • ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV

  • mereka yang menghidap penyakit kelamin

  • mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara,negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan.

  • Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara negara di mana HBV tersangat endemik.

Tanda dan Gejala



  • Gejala seakan-akan mendapat selsema

  • demam

  • sakit-sakit badan (sendi dan otot)

  • keletihan dan lemah

  • hilang selera makan

  • loya dan muntah

  • Jaundis ( warna kulit dan mata kekuningan)

Jenis Hepatitis B Berbentuk Akut:



  • Kebanyakkan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidak menunjukkan sebarang gejala

  • mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad.
  • mereka boleh sembuh sepenuhnya.

Berbentuk kronik ( lebih serius selepas serangan yang akut )

  • Lazimnya, sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.
  • mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad.Mereka merupakan 'pembawa'
  • mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali, dengan jarak di antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan.

Komplikasi

  • Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur
  • kanser hati-lazimnya berlaku di kalangan kamu LELAKI

Pengurusan Sendiri

  • Pesakit perlu mengelakkan diri dari keletihan, mungkin perlu berehat di katil
  • mengamalkan pemakanan yang sihat, mengekalkan imbangan cecair dalam badan dan mengelak dari MEMINUM ALKOHOL, makan makanan berlemak dan mengambil beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu fungis hati ( bertanyalah doktor anda).

MANUAL KESIHATAN DAN RAWATAN.

Thursday, April 8, 2010

PENYAKIT KEGEMUKAN / OBESITI YANG MELANDA MANUSIA ZAMAN INI...


APAKAH ITU GEMUK/OBESITI

Gemuk atau obesiti merupakan masalah kesihatan yang perlu dilihat secara yang lebih serius. Masalah ini bukan sahaja dilihat dari segi masalah saiz tubuh badan, bentuk badan, penampilan atau hilang keyakinan diri tetapi masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah pelbagai jenis penyakit berbahaya yang boleh membawa kepada maut. Masalah kegemukan atau obesiti bukan lagi masalah kosmetik tetapi merupakan suatu penyakit yang perlu di atasi dengan segera. Sekiranya masalah AIDS dikaitkan dengan masalah hilang daya tahan terhadap serangan penyakit, masalah obesiti dikaitkan dengan masalah yang mengundang pelbagai jenis penyakit.

Bagaimana anda mengenalpasti masalah obesiti

Masalah obesiti boleh dikenalpasti dengan mengukur Index Jisim Badan ( Body Mass Index-BMI). BMI adalah berat badan di dalam kilogram dibahagikan dengan ketinggian dalam meter kuasa dua. Seseorang akan dikira sebagai obesiti sekiranya BMI nya sama atau lebih daripada 30kg?m2


BMI (kg/m2) Klasifikasi

18.5-24.90 Normal

25.00-29.90 Overweight

>30.00 Obesiti

Bagaimana Obes belaku?
  • Pengambilan tenaga melalui makanan melebihi guna tenaga badan seseorang
  • Mengambil makan berkalori tinggi seperti makanan berminyak dan makanan yang mengandungi banyak lemak.
  • Kadar metabolisma yang rendah menyukarkan proses pembakaran lemak
  • Faktor genatik
  • Kurang bersenam atau kurang melakukan aktiviti yang menggunakan banyak tenaga menyebabkan makanan yang diambil bertukar menjadi lemak

Kesan Obesiti

  • Menyebabkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit arteri koronori jantung,kanser angin ahmar dan kemurungan
  • Hilang keyakinan
  • Bagi wanita masalah ini akan menyebabkan kitaran haid tidak teratur yang menyebabkan ketidaksuburan

Panduan mengelakkan obesiti

  • Mengamalkan diet yang seimbang dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat
  • Makan bila terlalu lapar dan berhenti makan sebelum kenyang
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran,buah-buahan serta bijirin.
  • Amalkan senaman atau aktiviti yang melibatkan gerakan fizikal seperti berenang,berjalan,jogging,bersukan dan sebagainya.
  • Elakkan memakan makanan yang berat pada waktu malam.

Manual Kesihatan dan rawatan

MALAYSIA- LEADER IN ELECTRONIC MEDICATION
Application of latest OPAM, E=mc2=hf, INTERFERENCE,DAMPING OFF,THEO FIZIK TECH, SPACE TIME TECH.
*No side effect, toxic-free,no-drug.
ALL KIND OF DISEASE, ACUTE OR CHRONIC CURABLE EXCEPT GETTING OLD AND DEATH.
*SETIAP PENYAKIT PASTI ADA UBATNYA KECUALI TUA DAN MAUT...

Wednesday, April 7, 2010

KESIHATAN MINDA
Kita semua mempunyai 10 hingga 15 billion neuron di dalam otak? berat otak lebih kurang 1.5kg iaitu 1/40 daripada berat badan. Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak neocortex,otak mammalian dan otak reptilian.Pulsa saraf di dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke 100m sesaat (Heimler & Lockard).Ia kemudian bersambung dengan cabang saraf yang disebut axon dan dendrite. Cabang saraf axon ini akan memancarkan denyutan atau pulsa elektrik untuk memberi isyarat kepada dendrite supaya otak dapat berfungsi.Otak neocortex terbahagi kepada 2 cerebrum iaitu otak kiri dan otak kanan.Otak kiri dikenali sebagai otak logik manakala otak kanan otak artistik.Dr.Roger Sperry dari Institut Teknologi California pada tahun 1965 telah memberi teori otak kiri dan otak kanan yang dipercayai dan digunakan hingga kini.Kajian mendapati manusia hanya menggunakan 10% daripada potensi otak,90% lagi sentiasa menanti untuk dikembangkan.
FAKTOR YANG MENENTUKAN KECERDASAN OTAK
*Neuron mengandungi bahan sel yang saling bersambung di antara satu sama lain untuk melakukan denyutan saraf dan melakukan proses membuat maklumat di antara satu neuron dengan neuron yang lain.
*Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.
*Kecerdasan akal (I.Q) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak tetapi bergantung kepada jumlah hubungan ( connections ) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit ( dendritic fibres ) di neuron.
*Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit.Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak,otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf.
Kajian menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya melalui pemakanan serta tenaga yang mencukupi bagi merangsang pertumbuhannya.
Bagaimana merangsang tenaga otak?
Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat.Otak akan menggunakan tenaga yang banyak digunakan apabila melakukan kerja-kerja yang berat seperti membuat analisa,merangka strategi dan sebagainya.Kekurangan tenaga akan mengakibatkan kesan seperti berikut:
*Perasaan gementar,cemas dan bimbang
*bersifat pesimis dan bersikap negatif
*kurang keyakinan terhadap diri sendiri
*selalu letih dan tidak bertenaga
*sering diganggu kesedihan tidak menentu
*serabut fikiran dan kelesuan otak
*lemah daya ingatan, berfikir dan rasa malas
*mudah lupa dan rasa jemu
*kurang daya tumpuan
Untuk menghilangkan masalah- masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.Tenaga otak boleh dirangsangkan melalui rangsangan minda,rehat yang secukupnya dan makanan yang berkhasiat.
Masalah-masalah lain yang melibatkan otak:
*Payah tidur
*Migrain
*Lelah
*Kanak-kanak degil
*Orang pendiam,malu,takut dan pemarah
*Pelbagai gangguan
*Pesakit jiwa atau mental
Manual Kesihatan dan Rawatan
ORGAN DAN PENYAKIT
Mata
Masalah berkaitan mata
*Miopia atau rabun jauh
*Hipermetropia atau rabun dekat
*Kemasukan benda asing
*Konjunktiviti
*Ketumbit
*Blefaritis
*Katarak
*Kecerderaan kornea
*Glaukoma
*Rabun malam
*Buta warna
*Juling
*Epifora
*Retinopati
*Retintis
*Uveitis
Telinga
Masalah berkaitan telinga
*.Otitis Eksterna
*.Otitis Media Akut
*.Otitis Media Kronik
*.Mastoiditis
*.Otosklerosis
*.Penyakit Menier
Saraf
Masalah berkaitan saraf
*Meningitis
*Hemiplegia
*Paraplegia
*Epilepsi
*Parkinsonisme
*Sinkope (pengsan atau pitam)
*Ensefalitis
*Poliomielitis
*Dementia atau kenyanyukan
Kulit
Masalah berkaitan kulit
*Jerawat
*Alergi dan gatal kulit
*Gelgata
*Ekzema
*Gatal
*Pruritis Dubur
*Ruam panas
*Pengerasan kulit
*Psoriasis
*Tahi lalat
*Sopak
*Lebam matahari
*Tanda Lahir
*Jangkitan bakteria
*Bisul
*Impetigo
*Jangkitan bakteria
*Bisul
*Impetigo
*Jangkitan Virus
*Herpes simpleks
*Herpers mulut
*Herpers Genital
*Kulit
*Kayap
*Campak
*Cacar air
*Rubela
*Jangkitan Fungus
*Kurap
*Panau
*Kulat air ( Athele's foot)
*Kandidiasis
*Jangkitan Parasit
*Kudis Buta
*Kutu kepala
*Barah Kulit
Sel darah Putih
Masalah berkaitan sel darah putih
*Leukemia
*Hemofilia
Kardiovaskular
masalah berkaitan sistem Kardiovaskular
*Jantung
*Saluran darah
*Sistem Limpatik
Sistem pernafasan
masalah berkaitan sistem pernafasan
*selsema
*Influenza
*Pneumonia
*Asma
*Tuberkulosis(TB atau batuk kering)
*Bronkitis kronik atau Emfisema
*Bronkietasis
*Rintis
*Bronkitis Akut
*laringitis
*Sinusitis
*Sedu
*Barah paru-paru
*Batuk kokol
*Pneumotoraks
*Pleurisi
*Hidung berdarah
Sistem kencing
masalah berkaitan sistem kencing
*Sistitis
*Pielonefritis
*Batu karang di ginjal dan saluran kencing
*Kegagalan ginjal
*Nefritis
*Barah ginjal dan saluran kencing
Sistem pencernaan
Masalah berkaitan sistem pencernaan
*Gingivitis
*Halitosis(nafas berbau busuk)
*Tonsilitis
*Beguk
*Barah mulut
*Syanker mulut
*Herpers simpleks jenis 1
*Kandidiasis mulut
*Akalsia
*Disfagia
*Hernia haitus
*Variks Esofagus
*Gastritis
*Ulser peptik
*gastroenteritis
*Muntah darah
*Barah perut
*Ketidakserasian susu
*Kembung senja
*Sembelit
*Cirit birit
*Penyakit cacing usus
*Apendistis
*Barah kolon dan rektum
*Koilitis Berulser
*Pankreatitis
*Barah pankreas
*Batu karang hempedu
*Hepatitis
*Barah hati
*Jaundis
*Peritonitis
*Asites
Sistem kencing
masalah berkaitan sistem kencing
*Sistitis
*Pielonefritis
*Batu karang diginjal dan saluran kencing
*Kegagalan ginjal
*Nefritis
*Barah ginjal dan saluran kencing
Sistem Pembiakaan
masalah berkaitan sistem pembiakan
*Gonorea
*Siflis
*Radang pinggul
*Trikomoniasis
*Herpes Genitalis
*Syankroid
*Limfogranuloma Venereum
*Kulit Anogenital
*Kandidiasis
*AIDS
Penyakit wanita
masalah berkaitan penyakit wanita
*Vulvitis dan vaginitis
*Amenorea
*Endometriosis
*Dismenorea
*Barah buah dada
Penyakit lelaki
masalah berkaitan penyakit lelaki
*Balanitis
*Hernia Inguinal
*Fimosis dan Parafimosis
*Masalah kesihatan di prostat
*Kriptorkidisme
*Pembelitan testis
Manual Kesihatan dan Rawatan