Wednesday, September 1, 2010

Pneumonia

Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundi-pundi udara kecil (alveoli) dan tisu tisu di sekitarnya.Laluan - laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah.Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria,virus,fungi dan mikrob.

Tanda dan gejala
Gejalanya berbeza-beza, begantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang bakteria pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur.Gejala -gejalanya termasuklah:
* Demam ( 39 darjah celsius - 40 darjah celsius ) dan menggigil.
* Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning,hijau,keperangan atau mungkin mengandungi darah ( mukus dikeluarkan dari paru-paru)
* Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam
* Bernafas dengan cepat dan pendek
* Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.
* Berpeluh dan muka kelihatan merah.
* Hilang selera makan atau perut meragam.

Tabiat yang baik

* Amalkan pemakanan seimbang,banyakkan rehat dan bersenam secara tekal untuk menguatkan sistem pertahanan badan melawan jangkitan.
* Jauhkan diri dari asap rokok dan lain-lain perengsa
* Dapatkan rawatan untuk penyakit - penyakit yang ringan ( selsema dan batuk )
* Berehat dan kawal sebarang tekanan emosi yang boleh mengpengaruhi sistem imun badan.
* Amalkan kebersihan diri yang baik.

Rawatan

* Minum lebih banyak cecair ( 3 liter sehari ), lebihan cecair akan dapat mencairkan mukus
* Berehat secukupnya
* Berhenti merokok.

Berjumpalah doktor anda sekiranya....

* Gejala-gejala masih berterusan
* Suhu badan meningkat lebih 38 darjah celsius
* Kesesakan nafas semakin teruk
* Batuk yang berpanjangan
* Kahak berubah warna
* Sesak dada
* Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru
* Kahak mengandungi darah
* Muntah,loya dan mengalami cirit birit
* Fikiran terkeliru