Thursday, March 25, 2010

MEKANISMA RAWATAN PERUBATAN ELEKTRONIK
Dalam tubuh manusia terdapat bahan kimia yang akan bertukar menjadi racun apabila jumlahnya melebihi keperluan sistem tubuh dalam keadaan normal dan ia juga bertindak sebagai penawar kepada penyakit dan racun bagi memastikan kesihatan berkekalan.
Semua gejala yang lahir serta kelancaran fungsi sistem tubuh adalah dibawah kawalan Sistem Saraf Pusat ( Central Nervous System). CNS bekerja secara otomatis dengan menerima dan menghantar maklumat serta mengeluarkan arahan tertentu selaku pentadbir tubuh.
Tuhan yang menjadikan manusia dengan keadaan sempurna telah menyediakan segala bahan dan kelengkapan semulajadi yang terdapat pada setiap sistem tubuh dan dengannya tubuh berupaya merawat dirinya sendiri dibawah pengawasan CNS.
Tetapi disebabkan oleh beberapa faktor seperti, amalan pemakanan, toksid,pencemaran udara,bebanan mental dan fizikal,Miasma keturunan, da sebagainya mengakibatkan ketahanan semulajadi tubuh serta sensitiviti CNS berkurangan. Ditambah pula dengan penggunaan ubat-ubatan berunsur dadah dan steroid yang secara langsung bertindak terhadap CNS.Akibatnya CNS menjadi lemah dan gagal menjalankan fungsinya bagi meransang pengeluaran enzim dan mengawal keseimbangan hormon serta menyebabkan kegagalan kepada organ dari terus bertindak yang menyebabkan kadar toksid meningkat di dalam tubuh dan akhirnya terjadilah penyakit.
Perubatan Elektronik yang berasaskan teknologi hf dengan kod gelombang tertentu dengan pelbagai potensi bertindak melalui CNS bertujuan merawat,memenuhi dan mengimbangi semula segala keperluan untuk tubuh menjalani aktiviti biasanya serta dapat meningkat sistem imun.
ari
Dipetik dari MANUAL KESIHATAN & RAWATAN PERUBATAN ELEKTRONIK.

No comments:

Post a Comment