Tuesday, March 30, 2010

MENGEKALKAN KESIHATAN

Apa itu sihat?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai: " Keadaan sempurna fizikal,mental, dan sosial dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit" bagi mana mana organisma, sihat ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar ( input and output ) berada dalam keseimbangan ( membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Penyakit dan rasa sakit merupakan dua faktor yang berbeza. Rasa sakit merupakan simptom atau isyarat yang dirangsang oleh sistem tubuh bagi menunjukkan berlaku ketidakseimbangan. Contohnya rasa pening kepala mungkin disebabkan oleh kekurangan air di dalam tubuh. Central Nerve System (CNS) menghantar isyarat melalui rasa pening kepala dan langkah yang perlu diambil ialah dengan meminum banyak air. Kegagalan memahami konsep ini menyebabkan ramai yang mengambil langkah memakan ubat penghilang rasa sakit yang berperanan menghalang sistem tubuh menyampai maklumat terhadap sebarang ketidakseimbangan yang berlaku kepada sistem tubuh. Pemasalahan sebenar iaitu kekurangan air di dalam tubuh tidak di atasi memandangkan ramai beranggapan sihat bila tidak marasa sakit.Akibatnya, akan membebankan peranan buah pinggang dan dalam jangka panjang amalan ini akan menyebabkan penyakit seperti kegagalan fungsi buah pinggang ( renal failure )

Faktor yang menyumbang kepada ketidakseimbangan:

1. Kekurangan Zat makanan

*Pertanian cara modern telah mengurangkan zat dari bumi.Kajian melaporkan bahawa bumi telah kehilangan 90% dari bahan galiannya.Sidang Kemuncak Bumi 1992 melaporkan bahawa 99% dari penduduk Amerika menghadapi masalah kekurangan zat galian.

*Buah-buahan biasanya dipetik ketika belum masak.Ini membuatkan ia tidak sempat menghasilkan zat yang diperlukan oleh badan kita.

*Kekurangan zat besi dan selenium,walau sedikit,boleh menjejaskan tahap imun badan.selain dari itu, kekurangan vitamin A merupakan satu kebiasaan pada kanak-kanak dan ianya boleh melumpuhkan sistem imun.

2. Tabiat makan yang buruk

* Semua bentuk gula menjejaskan keupayaan sel darah putih membunuh bakteria atau organisma mikro. Laporan yang diterbitkan oleh Jurnal Pemakanan Klinikal ( Amerika )
menyatakan bahawa dalam tempoh 30 minit selepas mengambil 4 oz gula,kemampuan sel darah putih membunuh penceroboh asing berkurangan sebanyak 50% dan ianya berlanjutan sehingga 5 jam.

*Tahap kolestrol yang tinggi boleh menghalang keupayaan sel darah putih menggerakkan serangan ke atas organisma pembawa penyakit. sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan, ia boleh mengurangkan kemampuan sel darah putih melawan penyakit.

3. Pencemaran

* Beratus ratus kajian saintifik menunjukkan bahawa racun serangga mengubah sistem imun badan binatang yang diuji dan membuat mereka lebih mudah terkena penyakit.

*Racun serangga juga mengurangkan jumlah sel darah putih dan limfosit yang melawan penyakit. Ini akan melemahkan keupayaan sel darah putih bertindak untuk menghapuskan bakteria dan virus.

* Sayur sayuran dicemari racun serangga. Susu, daging dan ayam disuntik dengan antibiotik dan hormon pertumbuhan. Makanan diproses dengan menggunakan pewarna tiruan, perisa tiruan dan bahan pengawet.

*Kini terdapat lebih dari 75,000 bahan kimia saintetik dalam persekitaran kita yang sebelum ini tidak pernah kedengaran.

*Pencemaran udara

*Pencemaran air

4.Tekanab

*Tekanan menyebabkan badan kita mengeluarkan bahan kimia yang menjejaskan fungsi imun. Ini menyebabkan kita mempunyai risiko yang tinggi terhadap segala jenis jangkitan.

*Bagaimana dan apa yang kita fikirkan menpengaruhi sistem imun.Kajian terbaru mendapati bahawa sel otak megeluarkan bahan kimia untuk sistem imun.

*Tekanan juga boleh menyebabkan gangguan terhadap sistem tubuh

* Gangguan emosi juga membawa kepada kelesuan mental dan fizikal.

5. Faktor keturunan

*Majoriti penyakit-penyakit kronik disebabkan oleh faktor keturuan atau genatik.

*Kajian menunjukkan penyakit-penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi, epilepsi, kecacatan ketika lahir seperti down syndrome dan sebagainya mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghadapi masalah tersebut.

*Permasalahan ini sekiranya tidak dirawat, ianya akan terus diwarisi dari keturunan ke keturunan.

Manual Kesihatan & Rawatan

No comments:

Post a Comment