Monday, April 12, 2010

HEPATITIS B



Penyakit hepatitis B ialah sejenis penyakit wabak (epidemik) yang "senyap" dan merupakan masalah kesihatan awam sejagat yang utama.Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus hepatitis B (HBV).Hepatitis bermaksud keradangan hati yang lazimnya menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut.Kadangkala ia membawa kerosakan hati yang berkekalan.Lebih daripada 300 juta penduduk dunia dijangkiti oleh penyakit hepatitis B ini.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan hepatitis B sebagai penyebab utama yang kesembilan yang menyebabkan kematian di dunia. Kira-kira 1.3 Juta rakyat Malaysia di dapati menjadi pembawa kuman virus hepatitis B.Mereka ini kelihatan sihat tetapi mampu secara senyap- senyap menjangkiti orang lain.Pembawa kuman hepatitis B yang kronik mempunyai 200 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser hati berbanding dengan mereka yang normal.



Bagaimana Virus Hepatitis B merebak?


  • Virus Hepatitis B terdapat di dalam cecair badan mereka yang dijangkiti penyakit hepatitis B seperti darah,air liur, air mani, rembesan dari faraj, air mata, air kencing dan juga susu badan.Walau bagaimanapun, kebanyakan jangkitan adalah disebabkan oleh pemindahan darah yang mengandungi virus. Penyakit ini boleh merebak melalui:

-Sentuhan dengan darah orang yang dijangkiti melalui:


-Pemindahan darah, hemodialisis


-berkongsi jarum(seperti penyalahgunaan dadah melalui suntikan), pisau cukur,berus gigi


-Kecederaan terutamanya kepada pegawai kesihatan


( seperti tercucuk jarum, terkena percikan darah ke mata atau ke tempat luka)


-MENCACA TATU, akupunktur,elektrolisis dan menindik telinga



  • Perinatal ( sekitar kehamilan )- daripada ibu kepada anak ketika kelahiran

  • Hubungan sexs.


Kumpulan Berisiko Timggi



  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan

  • anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengedalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat,anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental).

  • individu yang mempunyai berbilang pasangan seks (Homoseksual, biseksual atau heteroseksual)

  • pesakit hemodialisis

  • penerima hasil atau produk darah seperti pesakit Hemofilia dan lain-lain masalah bekuan darah ( yang tidak dijangkiti hepatitis B)

  • ahli keluarga dan pasangan seks kepada pembawa kuman HBV

  • mereka yang menghidap penyakit kelamin

  • mereka dari kumpulan etnik tertentu atau penduduk negara di mana HBV merupakan penyakit yang sangat endemik seperti di China, Asia Tenggara,negara Timur Tengah beberapa bahagian di benua Afrika dan Amerika Selatan.

  • Pengembara antarabangsa yang berada lebih dari 6 bulan di negara negara di mana HBV tersangat endemik.

Tanda dan Gejala



  • Gejala seakan-akan mendapat selsema

  • demam

  • sakit-sakit badan (sendi dan otot)

  • keletihan dan lemah

  • hilang selera makan

  • loya dan muntah

  • Jaundis ( warna kulit dan mata kekuningan)

Jenis Hepatitis B Berbentuk Akut:



  • Kebanyakkan penghidapnya mempunyai sedikit sahaja ataupun tidak menunjukkan sebarang gejala

  • mereka boleh menjangkiti orang lain dalam jangka waktu yang terhad.
  • mereka boleh sembuh sepenuhnya.

Berbentuk kronik ( lebih serius selepas serangan yang akut )

  • Lazimnya, sesetengah pesakit masih tidak menunjukkan sebarang gejala yang nyata.
  • mereka boleh menjangkiti orang lain untuk jangka waktu yang tidak terhad.Mereka merupakan 'pembawa'
  • mereka hanya boleh dikesan melalui ujian darah yang dijalankan 2 kali, dengan jarak di antara kedua-dua ujian ialah 6 bulan.

Komplikasi

  • Sirosis hati (penyakit kronik yang berlaku secara perlahan-lahan di mana sel hati dimusnahkan secara beransur-ansur
  • kanser hati-lazimnya berlaku di kalangan kamu LELAKI

Pengurusan Sendiri

  • Pesakit perlu mengelakkan diri dari keletihan, mungkin perlu berehat di katil
  • mengamalkan pemakanan yang sihat, mengekalkan imbangan cecair dalam badan dan mengelak dari MEMINUM ALKOHOL, makan makanan berlemak dan mengambil beberapa jenis ubat yang boleh mengganggu fungis hati ( bertanyalah doktor anda).

MANUAL KESIHATAN DAN RAWATAN.

No comments:

Post a Comment