APAKAH ITU GEMUK/OBESITI
Gemuk atau obesiti merupakan masalah kesihatan yang perlu dilihat secara yang lebih serius. Masalah ini bukan sahaja dilihat dari segi masalah saiz tubuh badan, bentuk badan, penampilan atau hilang keyakinan diri tetapi masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah pelbagai jenis penyakit berbahaya yang boleh membawa kepada maut. Masalah kegemukan atau obesiti bukan lagi masalah kosmetik tetapi merupakan suatu penyakit yang perlu di atasi dengan segera. Sekiranya masalah AIDS dikaitkan dengan masalah hilang daya tahan terhadap serangan penyakit, masalah obesiti dikaitkan dengan masalah yang mengundang pelbagai jenis penyakit.
Bagaimana anda mengenalpasti masalah obesiti
Masalah obesiti boleh dikenalpasti dengan mengukur Index Jisim Badan ( Body Mass Index-BMI). BMI adalah berat badan di dalam kilogram dibahagikan dengan ketinggian dalam meter kuasa dua. Seseorang akan dikira sebagai obesiti sekiranya BMI nya sama atau lebih daripada 30kg?m2
BMI (kg/m2) Klasifikasi
18.5-24.90 Normal
25.00-29.90 Overweight
>30.00 Obesiti
Bagaimana Obes belaku?
- Pengambilan tenaga melalui makanan melebihi guna tenaga badan seseorang
- Mengambil makan berkalori tinggi seperti makanan berminyak dan makanan yang mengandungi banyak lemak.
- Kadar metabolisma yang rendah menyukarkan proses pembakaran lemak
- Faktor genatik
- Kurang bersenam atau kurang melakukan aktiviti yang menggunakan banyak tenaga menyebabkan makanan yang diambil bertukar menjadi lemak
Kesan Obesiti
- Menyebabkan penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit arteri koronori jantung,kanser angin ahmar dan kemurungan
- Hilang keyakinan
- Bagi wanita masalah ini akan menyebabkan kitaran haid tidak teratur yang menyebabkan ketidaksuburan
Panduan mengelakkan obesiti
- Mengamalkan diet yang seimbang dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat
- Makan bila terlalu lapar dan berhenti makan sebelum kenyang
- Lebihkan pengambilan sayur-sayuran,buah-buahan serta bijirin.
- Amalkan senaman atau aktiviti yang melibatkan gerakan fizikal seperti berenang,berjalan,jogging,bersukan dan sebagainya.
- Elakkan memakan makanan yang berat pada waktu malam.
Manual Kesihatan dan rawatan
+(Custom).jpg)
No comments:
Post a Comment