KESIHATAN MINDA
Kita semua mempunyai 10 hingga 15 billion neuron di dalam otak? berat otak lebih kurang 1.5kg iaitu 1/40 daripada berat badan. Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak neocortex,otak mammalian dan otak reptilian.Pulsa saraf di dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke 100m sesaat (Heimler & Lockard).Ia kemudian bersambung dengan cabang saraf yang disebut axon dan dendrite. Cabang saraf axon ini akan memancarkan denyutan atau pulsa elektrik untuk memberi isyarat kepada dendrite supaya otak dapat berfungsi.Otak neocortex terbahagi kepada 2 cerebrum iaitu otak kiri dan otak kanan.Otak kiri dikenali sebagai otak logik manakala otak kanan otak artistik.Dr.Roger Sperry dari Institut Teknologi California pada tahun 1965 telah memberi teori otak kiri dan otak kanan yang dipercayai dan digunakan hingga kini.Kajian mendapati manusia hanya menggunakan 10% daripada potensi otak,90% lagi sentiasa menanti untuk dikembangkan.
FAKTOR YANG MENENTUKAN KECERDASAN OTAK
*Neuron mengandungi bahan sel yang saling bersambung di antara satu sama lain untuk melakukan denyutan saraf dan melakukan proses membuat maklumat di antara satu neuron dengan neuron yang lain.
*Saintis menganggarkan terdapat antara 12,000 juta hingga 15,000 juta sel neuron dalam sesebuah otak.
*Kecerdasan akal (I.Q) seseorang tidak bergantung pada bilangan sel neuron di otak tetapi bergantung kepada jumlah hubungan ( connections ) yang dibentuk oleh ramisaraf dendrit ( dendritic fibres ) di neuron.
*Otak yang cerdas ialah banyak membentuk hubungan atau jalinan di antara ramisaraf-ramisaraf dendrit.Untuk membentuk hubungan atau jalinan yang banyak,otak itu mestilah mempunyai banyak ramisaraf.
Kajian menunjukkan ramisaraf dendrit boleh digalakkan pertumbuhannya melalui pemakanan serta tenaga yang mencukupi bagi merangsang pertumbuhannya.
Bagaimana merangsang tenaga otak?
Otak yang sihat dan bertenaga boleh melakukan kerja seperti berfikir dan mengingat.Otak akan menggunakan tenaga yang banyak digunakan apabila melakukan kerja-kerja yang berat seperti membuat analisa,merangka strategi dan sebagainya.Kekurangan tenaga akan mengakibatkan kesan seperti berikut:
*Perasaan gementar,cemas dan bimbang
*bersifat pesimis dan bersikap negatif
*kurang keyakinan terhadap diri sendiri
*selalu letih dan tidak bertenaga
*sering diganggu kesedihan tidak menentu
*serabut fikiran dan kelesuan otak
*lemah daya ingatan, berfikir dan rasa malas
*mudah lupa dan rasa jemu
*kurang daya tumpuan
Untuk menghilangkan masalah- masalah tersebut tenaga otak perlu dipulihkan.Tenaga otak boleh dirangsangkan melalui rangsangan minda,rehat yang secukupnya dan makanan yang berkhasiat.
Masalah-masalah lain yang melibatkan otak:
*Payah tidur
*Migrain
*Lelah
*Kanak-kanak degil
*Orang pendiam,malu,takut dan pemarah
*Pelbagai gangguan
*Pesakit jiwa atau mental
Manual Kesihatan dan Rawatan
+(Custom).jpg)
No comments:
Post a Comment